PAPAN KENYATAAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 28 Mac 2009

CILI FERTIGASI F1 223 YANG MENGAGUMKAN



Gambar diatas adalah photo terkini yang saya ambil 7.30 pagi 28/03/09.Ada banyak buah yang mula kehitaman menunjukkan yang ianya bakal masak bila-bila masa sahaja.2 pokok ini merupakan bahan kajian saya untuk menilai samada membuang dahan bawah lebih baik atau tidak.Gambar pokok diatas sekali adalah pokok yang dibuang dahan bawahnya,kuantiti buah agak kurang dari ganbar yang dibawah.Bagi sesetengah pengusaha cili,tujuan membuang dahan bawah adalah untuk memudahkan kerja meracun dan bagi meninggikan pokok.Dari segi pembahagian nutrien pada pokok pula,pada saya tiada bezanya kerana sukatan baja yang diberikan adalah mengikut keperluan 1 pokok.Tuan Puan boleh melihat sendiri perbezaannya.Nak senang kerja ker,nak hasil yang banyak??Tepuk dada tanya selera.Tapi harus diingat,setiap dahan harus ada penyokong,kalau tidak alamatnya patahla dahan tu kerana tak dapat menampung beban berat buah.Tak sabarnya nak petik buah..
Wassalam..

Khamis, 26 Mac 2009

BIOAGA-SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA



Ramai yang mengadu musim hujan banyak menyebabkan pokok dan buah cili menjadi rosak dan diserang dengan virus ANTRAKNOS.Virus ini menyebabkan daun menjadi kekuningan dan putik bunga akan gugur.Antraknos sebenarnya adalah serangan sejenis kulat yang menghalang pokok daripada memproses baja yang salurkan yang mana boleh menyebabkan pokok terbantut tumbesaran dan perkembangannya.
Dikala musim hujan ini juga pokok terdedah kepada serangan hamama dan kutu trip.Mana tidaknya,baru jer lepas meracun,hujan pula turun mencurah-curah sekaligus mencuci semua racun.Sakit pinggang menggalas tong racun pun belum hilang.Inilah dugaannya menjadi seorang petani.JANGAN PUTUS ASA.Kini GIFE ada jalan penyelesaiannya.Baja diatas mungkin dapat meringankan penderitaan anda.Baja ini berfungsi sebagai ANTI-VIRUS yang boleh dikatakan cukup mujarab untuk tanaman fertigasi.Ia juga berfungsi sebagai pencegah penyakit sekiranya digunakan pada pokok dari awal pemindahan ke polybag.BIOAGA merupakan produk ciptaan U.S yang telah terbukti keberkesanannya.Ujikaji diladang GIFE menunjukkan perkembangan yang positif pada pokok yang diserang penyakit.Untuk sebarang keterangan lanjut,sila hubungi Amer-012-3428338 @ green_integrated@yahoo.com
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Isnin, 23 Mac 2009

Pokok cili F1 223






Gambar diatas menunjukkan perkembangan pokok peringkat demi peringkat.Kalau tuan puan nak lihat gambar terkini,tungguuuuu...




Sabtu, 21 Mac 2009

PERKEMBANGAN ANAK POKOK CILI F1 223

Perkembangan anak pokok dari minggu ke minggu cukup memberangsangkan,ini semua memberi motivasi dan perangsang yang tinggi kepada kami untuk terus berusaha didalam projek ini.Dengan menggunakan sistem,kaedah serta teknik pembajaan yang teratur kini mula menampak hasil.Satu perasaan gembira yang sukar untuk diceritakan kepada tuan-puan sekelian.Kalau nak tahu apa rasanya, jom kita sama-sama mengusahakan projek FERTIGASI.

Jumaat, 20 Mac 2009

PEMINDAHAN ANAK BENIH.


Harus diingatkan kepada tuan-puan sekelian bahawa menyemai anak benih kedalam polibag bukanlah satu perkara yang kita boleh ambil ringan kerana jika salah cara dan teknik,anak pokok boleh terbantut tumbesarannya.Berikut adalah teknik yang digunapakai oleh GIFE dan hasilnya amat positif :
1 ) Siram anak pokok dengan air baja 1.5 EC 2-3 hari sebelum hari pemindahan.
2 ) Siram media didalam polibag dgn air biasa sehingga lembab.
3 ) Cabut anak pokok dari tray dgn memegang pada pangkal anak pokok,jgn risau anak pokok rosak kerana tray semaian memang dicipta khas untuk memudahkan pokok dicabut.
4 ) Buat lubang pada media didalam polibag dengan menggunakan tray yang dipotong.
5 ) Masukkan anak pokok dan pastikan peat moss sama rata dengan media didalam polibag.
6 ) Tekan atau padatkan media disekeliling anak pokok bagi mengelakkan anak pokok tumbang jika ditiup angin kencang.
7 ) Cucuk dripper 1 inci dari pangkal anak pokok.
Setelah selesai semua proses diatas,diingatkan supaya tuan-puan melakukan drain inspection pada semua dripper bagi mengelakkan ada dripper yang tersumbat.Penting.
Kalau ada anak pokok yang meluntur kebawah,tuan - puan boleh menongkat anak pokok tersebut dengan dawai bersalut plastik atau ranting kayu sahaja.Apabila batangnya sudah mengeras,anak pokok ini akan berdiri dengan sendiri.
Seeloknya seminggu selepas dipindahkan,segera dipasang tiang pancang agar dapat membantu pokok menahan angin kuat dari tumbang.
Selama mencuba dan selamat berjaya.

Isnin, 16 Mac 2009

PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN DAN SALIRAN

MENGGAUL SEKAM DAN COCO PEAT (SABUT KELAPA)

Maaf pasal gambar gelap sedikit,bukan apa..dah lama sangat main panas,tu yang tergelap lebih tu.Ok,kita sambung cerita asal,Penggunaan sekam dan coco peat adalah gabungan yang baik bagi memerangkap air dan baja yang disalurkan untuk keperluan pokok cili ( 1 : 1 ).Bagi sesetengah tempat yang sukar mendapatkan salah satu media ini,tidak menjadi masalah sekira bahan ini tidak dicampur.Anda boleh menggunakan sekam sahaja atau coco peat sahaja.Mungkin ada kekurangan sedikitla kalau tak dicampurkan.Kalau sabut sahaja,akar pokok mudah menjadi masam,kebarangkalian serangan ANTRAKNOS lebih tinggi.Kalau sekam sahaja pula,tidak dapat menyimpan air baja dgn lebih lama.Tetapi jangan risau kerana,hasil pokok cili tetap akan berada pada tahap maksima sekiranya kita mengikut kaedah dan teknik yang sesuai dalam tanaman fertigasi,insyaALLAH.Jom kita main kapal korek,ngenggg-ngenggggg....Ni gambar Saiful & cikgu Pali.



SISTEM SALIRAN
Sistem saliran yang baik dan teratur merupakan ciri terpenting dalam menjayakan tanaman cili fertigasi.Penggunaan kelengkapan dan alatan yang berkualiti adalah penting bagi mengelakkan berlakunya masalah dimasa depan.Ada 2 jenis sistem perpaipan yang sering dipraktikkan.Salah satu adalah menggunakan satu paip untuk satu baris pokok,teknik bagus kerana setiap dripper mendapat tekanan air yang lebih sama rata.Kekurangan nya adalah kos yang tinggi.Satu lagi cara adalah satu paip untuk 2 baris pokok.Teknik ini juga baik untuk digunapakai selain dapat menjimatkan kos. Lihatlah otai cili diimport khas dari Kedah sedang memasang micro tube dan dripper.Pedih tangan wooo nak pasang dripper ni,dah la panas terik..Sabar bro...kuikuikui....

MENJEMUR ANAK BENIH F1 223

PROSES PENYIRAMAN DAN PENJEMURAN

Proses menjemur amat penting kepada anak pokok yang berusia 21 hari keatas,tujuannya adalah untuk FOTOSINTESIS dan juga untuk mengeraskan batang sebelum dipindahkan kedalam polibag.Harus diingat,sebelum menjemur anak benih pastikan ianya disiram terlebih dahulu bagi mengelakkan anak benih menjadi layu.Lakukan pada waktu pagi dari jam 8.00 sehingga jam 11.00 pagi.Lihatlah betapa gemuknya anak benih F1 223 kami.Inilah hasil belaian manja kami.

CERITA BERSAMBUNG-SEMAIAN BENIH F1 223

KOBOI SIRAM BENIH F1 223


ANAK BENIH 6 HARI


PERKEMBANGAN YANG BAIK


Bertemu kembali,selepas selesai persediaan tempat,tiba masanya proses penyemaian benih dilakukan.Benih pilihan adalah dari jenis F1 223.Ada beberapa kelebihan pada pokok cili F1 223 ini antaranya:Tahan penyakit,cepat berbuah,kurang daun,pokok yang rendah dan rendang(macam bonzai daaa..),Buah panjang dan tidak terlalu besar,Kawalan perosak mudah dilakukan dan macam-macam lagi.Yang paling bestnya F1 223 ni,buahnya memang banyak.Banyakkan kelebihannya?Teknik semaian adalah seperti berikut:


1 ) Rendam didalam air suam selama 8 jam


2 ) Toskan biji benih,taburkan racun kulat dan bungkus didalam kertas bersih


3 ) Masukkan kedalam beg plastik dan tiup dgn mulut dan seterusnya diikat.


4 ) Biarkan selama 24 jam didalam beg plastik.


5 ) Selepas 24 jam,semai biji benih didalam tray bermediumkan Peat Moss


6 ) Bungkus dgn plastik hitam dan simpan ditempat bersuhu bilik selama 5 hari


7 ) Anak benih sedia dikeluarkan untuk mendapatkan cahaya.


8 ) Siram anak benih dgn air satu hari 2 kali sehingga 14 hari.


9 ) Hari ke-15 anak boleh disiram air baja 0.5 EC.


10)Hari ke-21,jemur anak benih dari 8pg hingga 11pg setiap hari.


11) Hari ke-25,anak benih sedia untuk dipindahkan ke polibag.




Ini adalah teknik yang kami guna pakai dan hasilnya cukup memuaskan.Ada juga beberapa teknik lain yang juga bagus untuk dipraktikkan.Tepuk dada tanya selera.




Selamat mencuba..!!Wassalam.........

Rabu, 11 Mac 2009

PERJALANAN PROJEK PENYAMBUNG WARISAN

Inilah yang dikatakan D.I.Y atau dalam erti kata lain J.I.M.A.T.Walau apapun perumpamaan,yang pasti akhirnya berjaya juga 2 orang tukang amatur didalam gambar ni mendirikan sebuah tempat berteduh merangkap stor tanpa CCTV.Hasil kerja berpasukan kami,stor ini berjaya disiapkan dalam masa 5 hari,cayalah bro.to be continue.....

Khamis, 5 Mac 2009

SAHABAT BAIK MERANGKAP RAKAN KONGSI


Assalamualaikum kepada tetamu yang melayari blog ini.Disini ingin saya perkenalkan diri saya yang berada disebelah kanan-Amir Aswad @ Amed dan disebelah kiri adalah rakan kongsi saya yang banyak membantu mereallisasikan impian kami iaitu Mohd Saiful atau lebih dikenali sebagai PUN.Mungkin ada diantara tetamu sudahpun mengenali kami berdua.Kami merupakan rakan sepermainan dari kecil lagi dan merupakan anak jati negeri Kedah Darul Aman.Green Integrated Farm Enterprise atau GIFE terbahagi kepada 2 cawangan,satu disebelah utara tanah air yang mana diwakili dan diuruskan oleh En.Saiful,Dan saya pula disebelah Selangor,Perak,N.Sembilan dan Melaka.Bagi sesiapa yang baru mahu pun yang sudah lama menceburi bidang pertanian berkonsepkan sistem fertigasi, kami bersedia membantu anda dari segi khidmat nasihat,perancangan projek fertigasi,peralatan dan kelengkapan fertigasi dll.Sebarang khidmat nasihat adalah PERCUMA.
Amed : 012-342 8338
Pun : 012-577 2748
Email : green_integrated@yahoo.com
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Rabu, 4 Mac 2009

ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera kepada semua petani moden,dan salam perkenalan kepada semua yang menceburkan diri dalam pertanian.Pertanian kini merupakan satu cabang perniagaan yang menguntungkan dan memberi pendapatan yang lumayan.Penubuhan blog ini adalah salah satu cara bagi pihak Green Integrated Farm Enterprise berkongsi pengalaman dan ilmu bagi membantu petani baru dan mereka yang berminat menceburkan diri dalam pertanian moden.Blog ini juga akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat serta teknologi terkini dalam menggunakan teknologi fertigasi,disamping itu juga pihak GIFE juga membekalkan alatan dan kelengkapan untuk fertigasi.Diharap blog ini dapat memberi segala keperluan yang anda perlukan dalam menjayakan pertanian fertigasi anda.Teruskan usaha anda memperkasakan pertanian.