PAPAN KENYATAAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 20 April 2009

HARGA TERBARU SEKAM & SABUT

Proses loading sabut sedang dilakukan.Sila buat tempahan awal untuk sabut dan sekam.

Bold Harga terbaru medium tanaman:

Sabut @ Coco Peat: RM 4.60 / guni

Sekam Wap : RM 4.60 / guni

Sila hubungi 012-3428338-Amer untuk tempahan.Sila lakukan tempahan awal untuk kuantiti yang banyak bagi mengelakkan kehabisan stok.Selamat bercucuk tanam.

Ahad, 12 April 2009

MENUAI CILI F1 223

Musim menuai kini menjelma,banyak buah mula merah dan masak.Ini merupakan saat-saat yang paling dinantikan bg setiap peladang.Berapa banyak buah yang masak atau berapa luas ladang yang ada bukan menjadi isu,hati dah gembira,kerja siang malam pun tak jadi masalah.Tetapi disebalik kegembiraan ini,mula datang masalah yang boleh mengecewakan sesetengah pihak.Buat masa sekarang ladang Micro GIFE mengeluarkan kira-kira 7-8kg sehari,tetapi permintaan kini mencecah sehari 70-80kg.Itu baru dari seorang pemborong,belum yang minta beli sikit-sikit secara runcit.Dah tentu pelanggan walk in kita kena bagi dulu.Kalau ada sesiapa disini yang masih tercari-cari kat mana nak jual cili,datanglah jual kat saya,hehehe.Tak jadi masalah langsung untuk memasarkan Cili Merah apatah lagi dari jenis F1 223.Pelanggan mungkin tidak mengetahui rasanya,tetapi appearance nya pasti membuatkan pelanggan berminat.Renung-renungkanlah...Benih unggul F1 223 kini hanya RM 45.00.

Rabu, 8 April 2009

CILI MERAH YANG BERKUALITI


Inilah rupanya pokok F1 223 apabila buahnya mulai masak.Terasa segala usaha telah menerima ganjarannya.Ini gambar yang diambil sebelum saya petik buahnya pada petang 8 April '09.Kalau yang kehitaman sikit-sikit tu pun saya petik sekali,besok akan merah dengan sendirinya.Saya lanjutkan lg promosi merasa cili F1 223 kerana tak sampai hati pada sahabat dan pelanggan yang tak sempat datang awal.Sila-silakanlah berkunjung keladang micro GIFE.Untuk pengetahuan tuan puan,hari ini saya berjaya petik 9kg cili dari pokok2 saya yang baru belajar memerahkan buahnya ni.Kepada yang kurang bernasib baik dimusim hujan ni,banyakkanlah bersabar dgn dugaan yang Allah SWT bagi pada kita.InsyALLAH,ganjaran atas kesabaran kita pasti lebih besar dari apa yang kita usahakan hari ini.





Diatas adalah aktiviti mengikat dahan,memandangkan buah yang banyak dan berat,amatlah perlu bagi kita untuk mengikat tali sebagai penyokong kepada dahan bagi mengelakkan dahan itu patah.Berpeluh jugalah Engineer ngan Cikgu kita ni nak mengikat.Ini adalah perkara wajib dalam sistem fertigasi.Kena pulak sekarang ni musim hujan,kelam kabut dibuatnya takut dahan patah.Nak harapkan saya seorang nak mengikatnya,memang tak terkejar.So,terpaksa import Engineer (Saiful) merangkap partner saya dari Penang kemari,bersama Cikgu Pali dari Telok Gong.

Jumaat, 3 April 2009

CILI IDAMAN SURI

1 ) Warna merah yang menarik dgn ukur lilit 3 inci.

2 ) Panjangnya menjangkau 9 inci dan ada yg lebih.



3 ) Berat sebiji buah mencecah 23 gram.
Seperti yang dijanjikan,semalam kali kedua saya memetik buah cili F1 223 yang masak,dapatlah 1203 gram @ 1.2 kg.Alhamdulillah.Hasil pertama ini akan saya sedekahkan pada jiran dan sahabat2 yang ada disekeliling.Kalau tuan puan nak rasa cili F1 223 bolehlah berkunjung ke ladang GIFE di Jln Kebun,untuk masa terhad sahaja,lepas ni saya jual.Cari makan bang...hehehe.
Memandangkan saya pun dah mula menerima tempahan cili,terpaksalah saya mengutamakan pelanggan saya.Siapa cepat dia dapat..Tp bagitau dulu sebelum datang..Bagi sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut,sila hubungi 012-3428338-Amer atau emailkan ke green_integrated@yahoo.com

Wassalam..

Khamis, 2 April 2009

RED HOT F1 223




Satu pencapaian yang membanggakan dengan hasil seperti yang dihajati.Saiz,panjang,warna dan kualiti yang mengikut specifikasi.Ini merupakan hasil peringkat awal kepada ladang cili F1 223 GIFE.Panjang buahnya mencapai 7 inci dan ada yang melebihi 8 inci.Saya akan post gambar buah yang besar tu kemudian.Berbalik kepada buah yang diatas,ciri-ciri yang ada pada buah F1 223 merupakan pilihan orang ramai kerana tidak terlalu besar dan terlalu panjang.Warna merahnya yang terang bakal menarik perhatian selain kepedasan nya yang berada pada tahap pertengahan.Cili ini mudah untuk dihancur dan amat sesuai untuk dibuat sos. Untuk memasarkannya bukanlah satu persoalan lagi,yang menjadi tanda tanya sekarang ini, sampai bila tuan puan nak tunggu dan lihat orang lain berjaya dahulu.Bangunlah,kita sama-sama memajukan lagi pertanian moden yang sebelum ini hanya dikuasai bangsa lain yang tidak kita tahu tahap halal dan kebersihannya.Selamat Berjaya.
PERTANIAN MODEN MENJANA KEJAYAAN