PAPAN KENYATAAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 8 April 2009

CILI MERAH YANG BERKUALITI


Inilah rupanya pokok F1 223 apabila buahnya mulai masak.Terasa segala usaha telah menerima ganjarannya.Ini gambar yang diambil sebelum saya petik buahnya pada petang 8 April '09.Kalau yang kehitaman sikit-sikit tu pun saya petik sekali,besok akan merah dengan sendirinya.Saya lanjutkan lg promosi merasa cili F1 223 kerana tak sampai hati pada sahabat dan pelanggan yang tak sempat datang awal.Sila-silakanlah berkunjung keladang micro GIFE.Untuk pengetahuan tuan puan,hari ini saya berjaya petik 9kg cili dari pokok2 saya yang baru belajar memerahkan buahnya ni.Kepada yang kurang bernasib baik dimusim hujan ni,banyakkanlah bersabar dgn dugaan yang Allah SWT bagi pada kita.InsyALLAH,ganjaran atas kesabaran kita pasti lebih besar dari apa yang kita usahakan hari ini.





Diatas adalah aktiviti mengikat dahan,memandangkan buah yang banyak dan berat,amatlah perlu bagi kita untuk mengikat tali sebagai penyokong kepada dahan bagi mengelakkan dahan itu patah.Berpeluh jugalah Engineer ngan Cikgu kita ni nak mengikat.Ini adalah perkara wajib dalam sistem fertigasi.Kena pulak sekarang ni musim hujan,kelam kabut dibuatnya takut dahan patah.Nak harapkan saya seorang nak mengikatnya,memang tak terkejar.So,terpaksa import Engineer (Saiful) merangkap partner saya dari Penang kemari,bersama Cikgu Pali dari Telok Gong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan